2.1 Pengenalan Aktiviti sepanjang Latihan
2.1.1 Penempatan dalam Bahagian/Tugas
Sepanjang tempoh latihan industri di Bahagian Pemasaran SupermomShaklee, saya telah ditempatkan di situasi yang memberikan penumpuan terhadap pelaksanaan inisiatif promosi dan pemasaran, terutamanya semasa kempen terhad seperti Hari Merdeka. Dalam ruang lingkup ini, penumpuan diberikan kepada penciptaan kesedaran mengenai produk Shaklee melalui pelbagai strategi pemasaran, dan peranan saya sangat penting dalam menjayakan inisiatif promosi.
Dalam konteks penempatan ini, tugas utama saya ialah penyelidikan dan pelaksanaan strategi promosi sempena hari-hari perayaan. Sebagai contoh, bulan Ogos lepas, promosi besar-besaran telah diadakan sempena Hari Merdeka. Promosi yang diadakan adalah untuk meningkatkan penjualan produk Shaklee sambil-sambil menarik balik pelanggan Shaklee yang sudah lama tidak membeli produk Shaklee. Dan juga, setiap awal bulan akan diberikan Follow Up untuk promosi bulanan Shaklee. Ini melibatkan penyediaan kandungan promosi yang bersifat kreatif dan efektif untuk menarik perhatian pelanggan. Saya dan juga rakan setugas diberikan ayat promo yang menarik oleh Kak Hadha iaitu Master Coordinator Shaklee berserta poster promosi yang memaparkan penawaran istimewa produk Shaklee.
2.1.2 Peranan dan Tanggungjawab
Peranan saya tidak terhad kepada penyusunan kandungan sahaja, malah saya juga diberi tanggungjawab untuk penghantaran ayat promo dan poster promosi kepada pelanggan Shaklee. Salah satu kaedah yang dilaksanakan adalah melalui platform komunikasi yang popular seperti WhatsApp. Saya perlu memastikan setiap komunikasi dipertimbangkan dengan rapi, memastikan kejelasan dan daya tarikan maklumat promosi yang disampaikan kepada pelanggan.
Selain daripada itu, sebagai sebahagian daripada penilaian kesan promosi, tanggungjawab saya turut melibatkan penyusunan laporan berkala yang mendalam mengenai keberkesanan strategi promosi yang telah dijalankan, dengan menggunakan platform Excel untuk menjalankan analisis data yang terperinci. Ini termasuklah melakukan analisis prestasi jualan dengan membentangkan data penjualan sepanjang tempoh promosi, menilai respons pelanggan berdasarkan maklum balas yang diterima melalui platform komunikasi, dan menyediakan visualisasi data dalam bentuk carta dan graf untuk memudahkan pemahaman.
Dalam penyediaan laporan berkala ini, saya mengaplikasikan kemahiran Excel untuk menguruskan data dengan sistematik, melakukan perbandingan prestasi antara pelbagai inisiatif promosi, dan mengenal pasti corak atau tren yang mungkin mempengaruhi keberkesanan strategi pemasaran. Laporan ini tidak hanya memberikan gambaran keseluruhan tentang prestasi promosi, tetapi juga menyediakan asas untuk cadangan penambahbaikan pada masa akan datang.
Selain daripada tanggungjawab rutin, saya juga diberikan peluang untuk menyertai kempen-kempen yang diadakan oleh syarikat. Salah satunya adalah Kempen #R (Reactivation) Supermom Shaklee 2023 yang bertujuan untuk mengajak balik ahli Shaklee yang dah nak expired atau dah expired untuk menyertai semula di bawah kumpulan. Saya turut menyertai Kempen Follow Up #SYOC2023, yang bertujuan untuk menyambung momentum positif yang telah dihasilkan oleh kempen #R2023 pada awal bulan. Serta itu, saya juga terlibat secara aktif dalam aktiviti kreatif seperti pembuatan design t-shirt, pengeditan video testimoni Shaklee, dan rekaan buku HT3S (majalah syarikat) edisi ke-9.
Kempen #R (Reactivation) Supermom Shaklee 2023: Kempen Follow Up #SYOC2023:
Edit video testimoni:
Rekaan buku HT3S (majalah syarikat) edisi ke-9:
Dengan penglibatan saya dalam kempen-kempen ini, saya dapat melibatkan diri dalam strategi pemasaran yang lebih menyeluruh, memberikan peluang untuk memahami cara-cara berkesan untuk mengajak balik ahli yang sudah tidak aktif. Saya turut menyertai aktiviti kreatif yang memberi peluang untuk mengembangkan kemahiran rekaan dan pengeditan. Secara keseluruhannya, pengalaman saya dalam aktiviti sepanjang latihan ini tidak hanya melibatkan tanggungjawab harian tetapi juga memberikan wawasan dan kemahiran tambahan yang penting dalam industri pemasaran dan promosi.




