Ringkasan Eksekutif

Ringkasan Eksekutif Laporan Akhir Latihan Industri di YourSupermom Resources

Latihan industri di Supermom Shaklee telah memberi peluang untuk memperoleh pemahaman mendalam mengenai pemasaran dan penjualan produk kesihatan dan kecantikan. Dalam skop tugas yang diberikan, saya terlibat dalam aktiviti follow-up pelanggan yang telah expired ID Shaklee, pengurusan promosi bulanan melalui media sosial, penyediaan kandungan kreatif untuk promosi produk serta melakukan pengeditan video untuk meningkatkan pemasaran di platform seperti TikTok dan YouTube Shorts. Beberapa tugasan yang telah saya jalankan termasuk follow-up ID Shaklee dengan menggunakan skrip yang telah disediakan, penerbitan katalog dan poster promosi bulanan, pengeditan video untuk promosi di media sosial, penyusunan stok, dan pengurusan pemesanan produk. Pengalaman ini membantu meningkatkan kemahiran komunikasi dan pemasaran, memperoleh pemahaman mendalam tentang produk Shaklee, dan mengenali strategi pemasaran visual melalui media sosial. Keseluruhan, latihan ini memberikan wawasan tentang operasi harian di pejabat dan strategi pemasaran produk kesihatan dan kecantikan, membekalkan saya dengan pengetahuan praktikal dan kemahiran yang penting dalam membina kerjaya di bidang ini.