Minggu 10

Ringkasan Aktiviti Minggu 10: Edit Video Testimoni Supermom Shaklee & Follow Up Bulan Oktober

Minggu ke-10 membawa tumpuan kepada aktiviti pemasaran melalui platform video sosial dan follow up promosi bulan Oktober. Berikut adalah ringkasan aktiviti mingguan:

  1. Pengeditan Video untuk TikTok, Facebook Reels, dan YouTube Shorts:

    Kami diberi tanggungjawab untuk mengedit video dari saluran YouTube Supermom Shaklee (yoursupermomHD) dan menukarnya menjadi format yang sesuai untuk diunggah ke TikTok, Facebook Reels, dan YouTube Shorts. Video yang telah diedit diupload ke dalam group Staff Supermom Shaklee untuk disemak oleh Tuan Kamarul sebelum diterbitkan.

Rajah 10.1 Gambar Video yang Diedit Disemak oleh Tuan Kamarul


  1. Pembuatan Link Drive dan Group Telegram untuk Video:

    Kak Hadha meminta untuk dibuatkan link drive dan group Telegram Staff Supermom Resources untuk memudahkan pengurusan dan perkongsian video yang telah diedit. Ini akan membolehkan Kak Hadha untuk memuat turun video dan memuat naiknya ke platform-platform seperti TikTok.

Rajah 10.2 Screenshot Drive


Rajah 10.3 Screenshot Telegram



Contoh video Testimoni yang telah diedit

  1. Skrip dan Poster Promo Bulan Oktober untuk Follow Up:

    Kami menerima skrip baru dan poster promo baru dari Kak Hadha untuk follow up Bulan Oktober. Skrip follow up mencakup pelbagai promosi menarik dan memberikan maklumat yang jelas kepada pelanggan. Kami akan menggunakan skrip ini untuk follow up pada level 1, 2 dan 3 dan memastikan setiap pelanggan mendapat penjelasan yang tepat.

    [Skrip Follow Up dan Poster Promo Bulan Oktober] "Assalamualaikum Puan X! Apa khabar Puan? Ingat saya lagi, Ika/Izzah admin Supermom Shaklee. Saya nak share dengan Puan promo bulan ni yang BERBAKI 6 HARI JE LAGI! 1. Vivix Beli 6 PERCUMA 1 RM2394.00 (cashback RM250) 2. ResV Beli 6 PERCUMA 1 RM2568.00 (cashback RM256) 3. Promo ResVivix 0% Easy Installment Payment Plan 4. Nutriferon Immune Booster BUY 1 GET 2ND @50% OFF Untuk Vivix & ResV, kalau Puan nak beli 1-2 botol je pun boleh. Tetap dapat harga jimat. Saya letak details kat poster. Puan nak yang mana? 😊"

Rajah 10.4 Poster Promo Bulan Oktober

Rajah 10.5 Poster Promo Bulan Oktober

Rajah 10.6 Poster Promo Bulan Oktober


Rajah 10.6 Poster Promo Bulan Oktober

Rajah 10.7 Poster Promo Bulan Oktober

  1. Penyuntingan Video untuk Durasi Pendek:

    Kami diberi kebenaran untuk menjadi pengurus channel Supermom Shaklee di YouTube dan diarahkan oleh Tuan Kamarul untuk mengedit semula video kami agar tidak melebihi 60 saat. Ini adalah langkah penting untuk memastikan video sesuai untuk platform YouTube Shorts. Proses pengeditan ini akan melibatkan penyusunan semula dan pemotongan bagi memastikan kesesuaian dengan keperluan durasi yang ditetapkan.

Rajah 10.8 Video yang telah Upload dalam Drive

Rajah 10.9 Video yang telah Upload dalam Youtube Shorts

Dengan melibatkan pelbagai aktiviti pemasaran video dan follow up yang berkesan, diharapkan Supermom Shaklee dapat terus menarik perhatian dan memastikan penglibatan yang tinggi dari pihak pelanggan.