Minggu 11

Ringkasan Aktiviti Minggu 11: Follow Up dengan penawaran yang Menarik & Penyediaan file Drive

Minggu ke-11 melibatkan aktiviti follow up untuk ajak renew ID yang sudah expired dan penyediaan file drive untuk video berdurasi pendek. Berikut adalah ringkasan aktiviti mingguan:

  1. Follow Up dan Penawaran Istimewa:

    Tugas utama kami adalah melakukan follow up untuk mengajak renew ID yang telah expired. Kami menyertakan penawaran istimewa, di mana setiap orang yang renew dalam bulan Oktober dengan pembelian 20 UV ke atas berpeluang mendapatkan hadiah dalam cabutan bertuah. Skrip follow up disiapkan dengan penambahan tentang tawaran istimewa ini, memberikan informasi yang jelas kepada pelanggan, dan mengajak mereka untuk mengambil peluang.

    Skrip: "Assalamualaikum Puan X!

    Apa khabar Puan? Ingat saya lagi, Ika/Izzah admin Supermom Shaklee.

    Saya nak share dengan Puan promo bulan ni yang BERBAKI 5 HARI JE LAGI!

  • Vivix Beli 6 PERCUMA 1 RM2394.00 (cashback RM250)
  • ResV Beli 6 PERCUMA 1 RM2568.00 (cashback RM256)
  • Nutriferon Immune Booster BUY 1 GET 2ND @50% OFF

    Untuk Vivix & ResV, kalau Puan nak beli 1-2 botol je pun boleh. Dan setiap pembelian dengan minimum 30 UV, layak join lucky draw oleh Master Hadhatina.

    Saya letak details kat poster.

    Puan nak yang mana? 😊"

    Jika terdapat respons, kami akan memeriksa semula senarai untuk memastikan status ID, sama ada merah (expired) atau hijau (belum expired). Jika merah, kami akan memberitahu mereka tentang status ID yang sudah expired dan mengajak mereka untuk melakukan auto-renew bersama pembelian.


    Rajah 11.1 Antara Respons Follow Up

  1. File Drive untuk Video Berdurasi Pendek:

    Kami diminta untuk membuat file drive khusus untuk video yang telah diubah suai kepada durasi 60 saat oleh Tuan Kamarul. File drive ini bertujuan untuk memudahkan pengurusan dan pemindahan video ke platform reels di page Supermom Shaklee Story.

    Rajah 11.2 Screenshot File Drive untuk Short Video
    Contoh video Testimoni yang telah diedit

Dengan aktiviti ini, diharapkan Supermom Shaklee dapat memberikan nilai tambah kepada pelanggan dengan penawaran istimewa dan menyampaikan maklumat dengan cara yang kreatif dan ringkas melalui platform video pendek.