Ringkasan Aktiviti Minggu 15: Follow Up baru: Pembelian produk Shaklee sebanyak 40UV dapat Mug Exclusive Shaklee
Minggu ke-15 melibatkan pelbagai tugas, termasuk follow up, pengurusan hadiah, penyesuaian harga produk, dan pendaftaran ahli baru. Berikut adalah ringkasan aktiviti mingguan:
Follow Up dan Promo Baru:
Kami diberikan tugasan untuk follow up dengan 744 orang menggunakan skrip dan poster promo baru. Skrip tersebut menarik perhatian dengan menawarkan Mug Exclusive Shaklee dengan harga RM1 apabila membuat pembelian sebanyak 40uv. Poster promo menyertakan 4 set produk Shaklee dan menekankan kemudahan mendapatkan mug dengan tawaran istimewa. Skrip: "Tahukah Anda? Bulan ni, Shaklee tawarkan Mug Exclusive dengan harga RM1 sahaja! Macam mana nak dapatkannya? Anda hanya perlu buat belian min 40uv sahaja untuk dapatkan Mug ini dengan harga RM1 sahaja. Kami kongsikan 4 Set Shaklee ini atau combinekan dengan pilihan produk anda sendiri. Selamat membeli😍 "Pengurusan Hadiah Kempen #SYOC2023:
Tuan Kamarul memberitahu kami bahawa pemenang bagi kategori leader no 6 hingga no 14 belum menerima hadiah. Oleh itu, Tuan Kamarul meminta kami menyediakan sticker alamat pemenang ini untuk tujuan penghantaran hadiah. Sementara itu, kami juga diminta untuk menanyakan kepada para pemenang jika mereka berminat dengan t-shirt baru, dengan menyertakan harga dan pilihan lengan.[]
Pemakluman Price List Produk Shaklee:
Kak Hadha memberikan price list terkini untuk produk Shaklee, walaupun ada beberapa produk yang belum mendapat versi terkini. Ini membantu kami untuk memberi maklumat terkini kepada ahli Shaklee mengenai harga produk yang ditawarkan.
Pendaftaran Ahli Baru:
Kak Hadha memerlukan maklumat peribadi saya untuk mendaftarkan saya sebagai ahli Shaklee. Butiran yang diminta termasuk nama, nombor IC, alamat, nombor telefon, alamat emel, butiran bank untuk bayaran bonus EFT, dan maklumat sosial media. Ini adalah langkah untuk memasukkan saya ke dalam sistem sebagai ahli Shaklee.
Melalui aktiviti ini, diharapkan dapat memperkemaskan lagi operasi Supermom Shaklee dan memberi layanan yang lebih baik kepada ahli Shaklee yang terlibat.




.png)

