Ringkasan Aktiviti Minggu 16: Follow Up Produk Baru& Akhir Bulan Promo dan Progress majalah HT3S
Minggu ke-16 melibatkan beberapa tugas penting dalam operasi Supermom Shaklee. Berikut adalah ringkasan aktiviti mingguan:
Follow Up Produk Terbaru Shaklee - Pain Relief Caplet:
Kami diberikan tugas untuk melakukan follow up terkait produk terbaru Shaklee, iaitu Pain Relief Caplet. Skrip yang diberikan disesuaikan untuk memberikan penerangan singkat tentang manfaat produk tersebut, dan diikuti dengan gambar poster yang memperlihatkan Pain Relief Caplet.Skrip Follow Up: "Assalamualaikum Puan/Tuan X,
Harini Izzah/Ika nak share pasal produk terbaru Shaklee iaitu Pain Relief Caplet. Bagus sangat produk ni untuk melegakan kesakitan secara selamat dan semulajadi.
Kalau Puan/Tuan berminat boleh reply whatsapps ni ya"
Untuk senarai nama yang perlu di-follow up, kami diminta untuk menggunakan senarai nama dari follow-up sebelumnya yang berjumlah 744 orang. Kami juga diminta untuk menyaring nama-nama ini dari dua group yang diberikan, iaitu group di bawah Puan Nurul Hidayah Zakaria dan group di bawah Puan Zahratul Muna.Updated Version Price List:
Kak Hadha memberikan versi terkini price list produk Shaklee untuk diberikan kepada ahli Shaklee. Ini termasuk harga produk terbaru dan kemaskini harga bagi produk yang sedia ada.
Follow Up Akhir untuk Promo Bulan November:
Kami diberikan tugas untuk melakukan follow up terakhir bagi peluang terakhir agar ahli dapat menikmati promosi Shaklee untuk bulan November sebelum tamat tempoh. Skrip follow up yang diberikan menekankan sisa waktu terhad dan memberikan peluang kepada ahli untuk membuat order.Skrip Follow Up: "Salam Puan/Tuan,
Tinggal dua hari je lagi untuk Puan grab promo-promo Shaklee bulan ni. Kalau Puan ada set yang nak kami bantu order boleh reply wasap ni ya 😊"
[Antara Poster Promo (Jumlah poster kesemuanya adalah 13poster)]
Progress Buku Majalah HT3S:
Progress kerja pada buku majalah HT3S telah mencapai 40%. Design halaman testimoni telah selesai dengan menggunakan platform Canva untuk memudahkan proses design. Testimoni tersebut diambil dari Facebook account [Supermom Shaklee Story], khususnya dari album [SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 8 - 2023].
Dengan aktiviti-aktiviti ini, Supermom Shaklee berusaha untuk memberikan maklumat yang berkualiti dan menjadikan pengalaman ahli Shaklee lebih bermakna melalui produk-produk terbaru dan promosi-promosi istimewa.

















