Ringkasan Aktiviti Minggu 17: Progress Kerja Majalah HT3S & Follow Up Awal Bulan Desember
Minggu ke-17 melibatkan beberapa aktiviti penting, termasuk menambahkan karangan dari Dr. Najihah dalam group staff Supermom Resources dan tugasan follow-up untuk awal bulan Disember. Berikut adalah ringkasan aktiviti mingguan:
Penambahan Karangan Dr. Najihah:
Kami diberikan tugasan untuk memasukkan karangan dari Dr. Najihah dalam group staff Supermom Resources. Gambar karangan tersebut juga disertakan untuk memberikan gambaran kepada ahli group tentang kandungan karangan tersebut.
Tugasan Follow-Up Awal Bulan Desember:
Kami menerima tugasan baru untuk memulakan Follow Up Awal Bulan Disember. Terdapat dua jenis skrip yang diberikan, satu untuk ahli yang masih aktif (hijau-belum expired) dan satu untuk ahli yang ID Shaklee mereka sudah expired (merah-dah expired).- Skrip (Hijau-Belum Expired):
"Assalamualaikum Puan X,
Harini Ika/Izzah nak update promo bulan ni ya.
Kalau ada set promo Puan berminat Ika/Izzah boleh buatkan order macam selalu 😊"
- Skrip (Merah-Dah Expired):
"Assalamualaikum Puan X,
Harini Ika/Izzah nak update promo bulan ni ya.
Kalau ada set promo Puan berminat Ika/Izzah boleh buatkan order macam selalu sambil boleh renew ID Shaklee Puan 😉"
Kak Hadha mencadangkan untuk memberikan tumpuan khas kepada tiga orang leaders terlebih dahulu sebelum meneruskan dengan yang lain. Leaders yang diberikan tumpuan adalah Master Norhanita Mohd Yusof, Nurul Hidayah Zakaria, dan Zahratul Muna Mad Syah. Setelah ketiga-tiga leaders ini selesai, barulah kami diberikan kebenaran untuk meneruskan dengan yang lain.Jumlah nama yang perlu di-follow-up adalah sebanyak 1040 orang, dan tugas dibahagi secara rata antara saya dan rakan setugas, Ika.
Kami juga diminta untuk memberi update kepada Kak Hadha setiap hari mengenai kemajuan follow up, termasuk menyatakan sampai di mana dan berapa nama yang sudah diselesaikan.
Dengan aktiviti ini, Supermom Shaklee terus berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada ahli Shaklee dengan memastikan promosi diikuti dengan tindakan follow up yang berkesan.





