Ringkasan Aktiviti Minggu 19: Follow Up & Menyertai kelas Zoom meeting
Ringkasan aktiviti mingguan Minggu ke-19 melibatkan follow up untuk promosi bulan Disember dan penyertaan dalam kelas Zoom Shaklee yang dianjurkan oleh group upline SupermomShaklee - iReach. Berikut adalah penerangan ringkas untuk aktiviti tersebut:
Follow Up untuk Promosi Bulan Disember:
Kami diberikan tugas untuk melanjutkan follow up untuk promosi bulan Disember yang telah diberikan oleh Kak Hadha pada minggu lepas. Skrip follow up dan poster promosi & katalog produk Shaklee turut disediakan untuk memudahkan proses follow up.Skrip Follow Up: "Assalamualaikum Hai Puan! ☺
Izzah/Ika nak update Puan pricelist latest dan beberapa set Shaklee yang bantu meningkatkan imuniti tubuh 🦠
Promo MUG RM1 Shaklee masih on dengan setiap pembelian minimum 40uv 😉
Puan reply je wasap ni untuk Izzah/Ika tolong order ya!"
Kak Hadha juga memberikan Katalog Shaklee Desember 2023 sebagai pricelist terkini produk Shaklee.
Penyertaan dalam Kelas Zoom Shaklee - iReach:
Kami menyertai kelas Zoom Shaklee yang dianjurkan oleh group upline SupermomShaklee - iReach. Kak Hadha telah menghantar ajakan melalui pesanan untuk memberitahu tentang pentingnya menetapkan target dan cara untuk mencapainya. Isi dari kelas tersebut memberikan pandangan tentang bagaimana menetapkan target yang realistik dan strategi untuk mencapainya.Dalam kelas tersebut, beberapa isi yang dipelajari termasuk:
- Menetapkan target pada awal bulan
- Target coaching dengan downline
- Menetapkan target marketing plan
- Strategi pemasaran termasuk branding, sales promotion, advertising, kelas, public relations, research, dan strategi lainnya
- Perancangan untuk ziarah ke rumah atau pertemuan bersemuka.
Dengan menyertai kelas Zoom ini, diharapkan kami dapat memahami lebih mendalam tentang strategi pemasaran dan penetapan target yang efektif dalam menjalankan bisnes Shaklee.


