Minggu 2

 Ringkasan Aktiviti Minggu 2: Reka design T-Shirt, Study dan Prepare Slide Presentation tentang Omega Guard Shaklee & Follow Up

Pada minggu kedua ini, saya telah melibatkan diri dalam beberapa aktiviti yang membawa impak positif kepada perkembangan diri dan perniagaan. Berikut adalah ringkasan aktiviti mingguan saya:


1. Buat Mock Up/Design T-shirt "I am Gen H"

   Dalam usaha untuk menunjukkan kreativiti dan kemahiran dalam rekaan, saya telah membuat mock-up atau reka bentuk baju T-shirt dengan tulisan berwarna oren yang mengandungi perkataan "I am Gen H". Tuan Kamarul Baharin ingin mengukur kebolehan dan kreativiti dalam merekabentuk, serta melihat sejauh mana rekaan ini dapat menarik perhatian orang.

Antara design t-shirt:


Rajah 2.1 Design Baju T-Shirt

2. Study Pasal Omega Guard Shaklee

Selain itu, saya telah mengambil masa untuk mendalami pengetahuan mengenai produk Omega Guard Shaklee. Selepas kajian yang teliti, saya telah menyediakan satu slide presentation yang merangkumi penerangan terperinci mengenai produk tersebut. Slide ini tidak hanya menjelaskan ciri-ciri dan kelebihan Omega Guard, tetapi juga disertakan dengan copywriting yang memberi penekanan kepada cara meyakinkan individu untuk mengambil produk ini. Harga, faedah, dan keunggulan berbanding pesaing turut diterangkan secara komprehensif.


Rajah 2.2 Slide Presentation Omega Guard

Slide presentation

Antara inti-inti yang ada dalam slide:


Rajah 2.3 Slide Presentation Tentang Omega Guard


Rajah 2.4 Slide Presentation Harga Omega Guard


Rajah 2.5 Slide Presentation Sebab Pilih Omega Guard


Rajah 2.6 Slide Presentation Kebaikan Omega Guard


3. Follow Up melalui WhatsApp berdasarkan List yang Diberi

   Selanjutnya, saya melibatkan diri buat kali pertama dalam tugas follow-up melalui platform WhatsApp. Saya telah menghantar mesej follow-up kepada senarai nombor yang disorotkan dengan merah. Mesej follow-up ini dirangka oleh copywriting ChatGPT dan diberikan penekanan kepada promosi Shaklee Ogos 2023 yang akan tamat. Mesej tersebut juga merangkumi seruan untuk memperbaharui keahlian sebelum tarikh tamat promosi pada 31 Ogos 2023, dengan menjanjikan harga istimewa yang perlu diambil peluang.

Berikut adalah contoh mesej follow-up yang telah dihantar:

"Assalamualaikum Puan Rasila! Promosi Shaklee Ogos 2023 hampir tamat. Jangan terlepas peluang renew membership sebelum 31 Ogos 2023 untuk nikmati harga istimewa. Jom renew sekarang!

Admin, Supermom Shaklee"

Tambahan, mesej follow-up yang dihantar dilengkapi dengan gambar-gambar poster yang menarik dan informatif. Poster tersebut dirancang untuk memudahkan penerima mesej untuk memahami dengan lebih baik promosi Shaklee Ogos 2023 serta keistimewaan yang ditawarkan.


           Rajah 2.7 Poster Promo                             
Rajah 2.8 Poster Promo


Rajah 2.9 Poster Promo


Contoh-contoh poster tersebut disertakan bersama mesej-mesej follow-up dan diformat agar dapat dilihat dengan jelas. Harapannya, dengan penambahan unsur visual ini, mesej-mesej tersebut akan lebih menarik dan berkesan dalam menarik perhatian pelanggan.

Seterusnya, apabila pelanggan membalas mesej tersebut dengan pertanyaan atau pilihan, jawapan saya dan interaksi tersebut akan dibawa masuk ke dalam group WhatsApp untuk mendapatkan input atau sokongan dari Tuan Kamarul atau Kak Hadha.

Contoh interaksi:


        Rajah 2.10 Screenshot contoh interaksi

Balas:


          Rajah 2.11 Screenshot contoh interaksi


Dengan ini, saya yakin aktiviti-aktiviti ini membantu meningkatkan kemahiran dan keberkesanan saya dalam mempromosikan produk Shaklee serta membina hubungan yang baik dengan pelanggan.