Ringkasan Aktiviti Minggu 20: Penyiapan Majalah HT3S Edisi Ke-9
Ringkasan aktiviti mingguan Minggu ke-20 melibatkan penyiapan majalah HT3S edisi ke-9 bersama-sama dengan Kak Hadha, Tuan Kamarul, dan rakan setugas. Berikut adalah penerangan ringkas untuk aktiviti tersebut:
Penyiapan Majalah HT3S Edisi Ke-9:
Pada minggu terakhir latihan industri, saya bersama rakan setugas telah berkerja keras bersama Kak Hadha, Tuan Kamarul, dan pihak lain untuk menyiapkan majalah HT3S edisi ke-9. Beberapa perubahan dan penambahbaikan telah dilakukan pada design majalah tersebut, termasuk tukar gambar cover buku, urutan halaman, dan penambahan halaman khusus Master Shaklee, iaitu Segmen Trip.
Proses ini melibatkan kerjasama erat antara kami dengan Kak Hadha dan Tuan Kamarul, yang memberikan panduan dan bimbingan dalam menambahbaik dan menyempurnakan design majalah. Kami terlibat dalam perbincangan, perancangan, dan pelaksanaan perubahan-perubahan tersebut untuk memastikan edisi terbaru majalah HT3S memenuhi standard yang diingini.

Rajah 20.1 pertemuan bersama Kak Hadha dan Tuan Kamarul, menunjukkan kerjasama dalam penyiapan majalah HT3S edisi ke-9

Rajah 20.2 Design Cover Majalah HT3S Edisi ke-9

Rajah 20.3 Design Segmen HIGHLIGHT dari leaders
SupermomShaklee

Rajah 20.4 Design Produk Pilihan Shaklee
Kegemaran Ramai
Penglibatan dalam proses penyiapan majalah ini memberikan kami pengalaman praktikal dalam dunia penerbitan dan design grafik, sambil juga memahami betapa kerjasama dan ketelitian penting dalam mencapai hasil yang berkualiti.