Ringkasan Aktiviti Minggu 4: Follow Up Promosi Merdeka & produk Shaklee NUTRIFERON dan update Tracker respon di Excel
Minggu keempat membawa tugas-tugas yang mencabar, namun penting untuk memastikan kelancaran operasi Supermom Shaklee. Berikut adalah ringkasan aktiviti mingguan:
Follow-Up Promosi Merdeka:
Pada 10 September, tugasan pertama adalah untuk menjalankan follow-up sempena promosi Merdeka. Skrip yang diberikan adalah seperti berikut:"Assalamualaikum Puan Zarina! Promosi Merdeka Shaklee bakal berakhir esok!
Puan boleh refer poster terbaru ni untuk buat pembelian mana-mana produk Shaklee sambil dapat renew keahlian Shaklee secara PERCUMA!
Sekiranya Puan ada berminat dengan mana-mana produk Shaklee yang lain, kami boleh membantu.
Puan nak order set Merdeka yang mana? 😊
Admin, Supermom Shaklee"
Follow Up untuk Promo Produk Baru (NUTRIFERON):
Saya diberikan tugas untuk follow-up nama-nama baru yang terdiri daripada 812 orang untuk mempromosikan produk terbaru Shaklee, iaitu NUTRIFERON. Tugasan ini perlu diselesaikan dalam masa 3 hari sehingga hari Rabu (13 Sept). Skrip follow-up yang telah disediakan adalah:"Assalamualaikum & Hi Puan XXX!
Apa khabar? Saya nak share kebaikan salah satu produk Shaklee yang bagus untuk tingkatkan imuniti sekeluarga, iaitu NUTRIFERON.
Puan boleh la refer poster yang kami beri ni ☺
Sekiranya berminat nak mencuba, NUTRIFERON ni memang ada promosi best bulan ni 👍🏻
Admin, Supermom Shaklee"
Langkah ini bertujuan untuk memberi penekanan kepada kebaikan produk baru dan menawarkan promosi istimewa yang sedang berlangsung.
[Gambar Promo]
Update Sample Tracker Respon Follow Up di Excel:
Saya juga telah mengambil inisiatif untuk mengemaskini Sample Tracker yang telah dibuat sebelum ini. Ini melibatkan rekod respons dan tindak balas daripada pelanggan terhadap follow-up yang telah dilakukan. Dengan mengemaskini tracker ini, kita dapat melihat dengan lebih jelas perkembangan dan respons yang diterima dari pelanggan.
Upload Tracker Excel dalam Grup Facebook Staff YourSupermom Resources:
Sebagai langkah untuk meningkatkan kerjasama dalam pasukan, saya telah mengemaskini tracker Excel dan mengunggahnya dalam grup Facebook "Staff YourSupermom Resources." Ini memastikan bahawa Tuan Kamarul dan Kak Hadha memiliki akses kepada maklumat terkini dan dapat berkolaborasi secara lebih efisien dalam proses follow-up.
Antara interaksi dengan pelanggan:
Dengan tugasan ini, saya yakin Supermom Shaklee dapat terus berkembang dan memberikan layanan yang lebih baik kepada pelanggan, sambil memastikan kesedaran tentang produk baru, NUTRIFERON, disampaikan secara optimal.







