Ringkasan Aktiviti Minggu 5: Follow Up sempena Hari Malaysia
Pada minggu kelima, aktiviti yang dijalankan adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan interaksi dengan pelanggan dan mempromosikan promosi terkini. Berikut adalah ringkasan aktiviti:
Follow-Up untuk Promosi Hari Malaysia:
Tugas minggu ini melibatkan follow-up terhadap senarai nama sebanyak 318 orang untuk mempromosikan promosi Hari Malaysia yang menawarkan pembelian ResV/Vivix dengan PERCUMA ESP. Skrip follow-up yang telah disiapkan adalah:"Assalamualaikum Puan ABC, apa khabar? Puan tahu ke pasal promosi Hari Malaysia beli ResV/Vivix PERCUMA ESP ni ya? Esok last day promo.. kalau Puan nak beli atau nak kami bantu buat order reply je wasap ni ya ☺ TQ! Admin, Supermom Shaklee"
Kak Hadha telah mengarahkan agar seorang mengendalikan nama-nama berwarna merah dan seorang lagi mengendalikan nama-nama berwarna hijau. Oleh itu, saya akan mengendalikan nama-nama yang berwarna merah, manakala rakan setugas saya akan mengendalikan nama-nama yang berwarna hijau. Ini membantu dalam pengagihan tugas follow-up dengan lebih sistematik.
[Gambar Promo]
Contoh-Contoh Respon Follow Up:
Dalam proses follow-up, beberapa contoh respon yang diterima adalah seperti berikut:
- Pelanggan A: "Oh xpe... x beli... terima kasih."
- Pelanggan B: "Terima kasih. Stock masih ada lagi di rumah."
- Pelanggan C: "Saya juga ahli member Shaklee."
Screenshot respon follow-up disertakan dengan caption yang merangkumi jenis respons yang diterima, termasuk pengakuan tidak berminat, tahniah kerana masih ada stok, dan penjelasan bahawa pelanggan juga ahli member Shaklee.
Dengan tugasan ini, Supermom Shaklee dapat menjalankan aktiviti promosi secara efektif dan memaksimumkan peluang terhadap promosi Hari Malaysia yang sedang berlangsung.




