Minggu 8

Ringkasan Aktiviti Minggu 8: PM (Personal Message) kepada Leaders #R2023 & Susun atur semula produk Shaklee

Minggu ke-8 membawa pelbagai tugas yang menuntut ketelitian dan koordinasi yang baik. Berikut adalah ringkasan aktiviti mingguan:

  1. PM (Personal Message) kepada Leaders #R2023:

    Dalam rangkaian Kempen #R (Reactivation) Supermom Shaklee 2023, saya diberi tanggungjawab untuk PM(Personal Message) kepada setiap leader yang masuk dalam carta #R2023. Saya akan menggunakan Facebook Messenger dan menghantar mesej peribadi kepada setiap leader untuk meminta alamat dan nombor telefon mereka. Contoh percakapan PM dengan salah seorang leader telah disertakan sebagai panduan.


Rajah 8.1 Contoh Gambar Chat


Rajah 8.2 Contoh Gambar Chat


  1. Cara saya untuk PM leader adalah dengan masuk ke dalam group elite Supermom Shaklee yang dikhususkan untuk leader. Setelah itu, saya akan mencari nama mereka melalui fungsi 'search' di Facebook.

  2. Pengumpulan Alamat Leaders dan Pembuatan Excel Sheet:

    Selepas mendapatkan alamat dari setiap leader, kami akan membuat satu Excel Sheet untuk mengumpulkan nama leaders berserta alamat mereka. Ini akan memudahkan proses seterusnya. Alamat yang telah diberikan oleh Tuan Kamarul juga akan dimasukkan ke dalam Excel Sheet tersebut.

Rajah 8.3 Gambar Screenshot Excel Sheet


  1. Pencetakan Sticker Alamat Pos menggunakan GDEX Prime:

    Kami diberikan tugas untuk mencetak sticker alamat pos menggunakan GDEX Prime. Dengan menggunakan username dan password akaun Supermom Shaklee sebagai alamat penghantar, kami akan masukkan alamat leaders ke dalam sistem dan mencetak sticker alamat pos yang diperlukan.

Rajah 8.4 Gambar Sticker GDEX Alamat Leaders

Penyusunan Semula Produk Shaklee di Rak Office:

Kami akan menyusun semula produk Shaklee di rak office Supermom Shaklee mengikut expired date. Caranya adalah dengan
  • mengeluarkan produk dari rak dan membersihkan rak

Rajah 8.5 Penyusunan Semula Stok


  • menyusun produk di rak mengikut nama dan expired date.

Rajah 8.6 Penyusunan Semula Stok di Rak Pejabat


Rajah 8.7 Penyusunan Semula Stok di Rak Pejabat


  • Setelah proses selesai, kami akan membuat Excel Sheet untuk merekod susunan produk tersebut dan memuat naiknya ke dalam grup Facebook staff Supermom Resources.

Excel Sheet Susunan Produk Shaklee:

  1. Kami akan membuat Excel Sheet yang berkaitan dengan susunan produk Shaklee yang telah disusun semula. Ini termasuk maklumat nama produk, expired date, dan lokasi di rak. Excel Sheet tersebut kemudian akan diunggah dalam grup Facebook staff Supermom Resources untuk tujuan rekod dan rujukan.

Rajah 8.8 Gambar Screenshot Excel Sheet

Dengan melibatkan proses ini, diharapkan Supermom Shaklee dapat beroperasi dengan lebih teratur dan efisien, sambil memberikan pengiktirafan kepada para leaders yang terlibat dalam kempen #R2023.