Minggu 9

Ringkasan Aktiviti Minggu 9: Kerja Pembungkusan Hadiah untuk Pemenang Leaders Kempen #R2023


Minggu ke-9 merupakan fasa penyediaan hadiah dan pengagihan mengikut pencapaian leaders dalam kempen #R2023. Berikut adalah ringkasan aktiviti mingguan:

  1. Persediaan dan Penyusunan Hadiah untuk Penghantaran:

    Setelah print sticker GDEX untuk tampal pada plastik pos, saya bersama rakan tugas, Ika, memulakan proses penyediaan hadiah. Kami mencetak gambar list nama hadiah dalam satu kertas A4 dan kemudian memulakan proses penyusunan hadiah mengikut senarai. Ini melibatkan pengambilan dari stok, memastikan hanya mengambil hadiah yang belum expired, dan menyusun hadiah mengikut senarai. Setiap hadiah yang disusun akan ditandakan dan dicatat untuk memastikan ketepatan dan kelancaran proses penghantaran. Target untuk memulakan proses penghantaran ialah pada hari Isnin, 16hb.

    Rajah 9.1 Gambar List Nama Pemenang Hadiah

    Rajah 9.2 Gambar List Nama Pemenang Hadiah

  2. Pembungkusan Hadiah:

    Selepas penyusunan, kami akan memulakan proses pembungkusan hadiah. Sebagai contoh, hadiah Radiance C+E Shaklee akan dibungkus dengan cara yang menarik. Contoh gambar di bawah menunjukkan bagaimana kami membungkus hadiah Radiance C+E. Setiap hadiah akan dibungkus dengan teliti dan diletakkan dalam mini sachet pack untuk kelihatan eksklusif.

    Rajah 9.3 Gambar Hadiah Radiance C+E


  3. Penghantaran Hadiah:

    Pada 18hb, kami bersama-sama dengan Kak Hadha dan Tuan Kamarul membungkus hadiah pemenang #R2023 untuk leaders dan akan dipos pada petang itu juga. Gambar di bawah menunjukkan kerja pembungkusan hadiah yang dilakukan bersama-sama dengan Kak Hadha dan Tuan Kamarul, mencerminkan semangat kerjasama dan kesungguhan dalam menyampaikan penghargaan kepada pemenang-pemenang #R2023.



    Rajah 9.4 Kerja Bungkus Hadiah dengan Kak Hadha


    Rajah 9.5 Kerja Bungkus Hadiah dengan Kak Hadha


    Rajah 9.6 Gambar Kerja Bungkus Hadiah dengan Kak Hadha


    Rajah 9.7 Hadiah Pemenang Yang Telah Dibungkus


    Rajah 9.8 Hadiah Pemenang Yang Telah Dibungkus

    Rajah 9.9 Hadiah Pemenang Yang Telah Dibungkus

Dengan persediaan dan usaha bersama ini, diharapkan penghantaran hadiah kepada pemenang #R2023 dapat dilakukan dengan lancar dan memberikan pengalaman positif kepada setiap penerima hadiah.